Monday, 29 October 2012

Format Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen


Apa yang ada dalam ebook ini yang bakal membantu persediaan anda?

Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan

Kami bakal terangkan kepada anda format untuk 3 November nanti!
Tahukah anda dalam se
tiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda?

Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut!

Anda tahu tugas Penolong Penguasa Imigresen? Ramai calon yang tak tahu perkara ini dan bakal 'disembelih' semasa sesi temuduga nanti!

Jangan jadi begitu, biar kami bantu anda memahami tugas jawatan yang anda pohon ini!

Contoh Soalan untuk 'Seksyen A'
30 Soalan pelbagai pecahan
Jawapan disediakan!

Contoh Soalan untuk 'Seksyen B'
30 Soalan pelbagai pecahan
Jawapan disediakan!

FAKTA PENTING, soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2012 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam 'Seksyen A'?

Kami akan bekalkan kepada anda contoh soalan berkaitan Isu GTP
Jawapan juga disediakan!

dan banyak lagi kami kongsikan untuk anda! Semuanya atas pengalaman kami yang telah membantu calon sejak tahun 2009 lagi. Mereka sudah berjaya dan kini GILIRAN ANDA!

Dapatkan panduan lengkap-contoh soalan,format dan nota ringkas peperiksaan di http://bit.ly/examImigresen . Jaminan pulangan wang jika panduan ini langsung tidak membantu anda juga disediakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen

Contoh soalan yg boleh ditanya:

Dapatkan panduan lengkap-contoh soalan,format dan nota ringkas peperiksaan di http://bit.ly/examImigresen

1. Warganegara asing yang mahu bekerja di Malaysia perlu memohon Visa dari Jabatan
Imigresen. Terdap

at pengecualian dalam keperluan memohon visa untuk tujuan ini. Antara
berikut negara manakah termasuk dalam negara yang dikecualikan dari memohon visa ini?
A. Bangladesh
B. Taiwan
C. Cameroon
D. England
E. Ghana

2. Jika ‘Keranamu Malaysia’ dan ‘Janji ditepati’ sinonim dengan hari kemerdekaan Malaysia,
apakah frasa yang sinonim dengan Jabatan Imigresen Malaysia?:
A. Memudah dan Mengawal
B. Hanya Untukmu
C. Bersatu Membina Negara
D. Negara Bangsa Nusa
E. Kualiti teras Insan

3. Antara peruntukan yang diperuntukkan untuk melancarkan urusan Imigresen negara secara
berkesan adalah seperti di bawah kecuali..
A. Peraturan Imigresen 1963
B. Peraturan Permit/Visa 1969
C. Akta Imigresen 1959/63
D. Akta 150
E. Akta Pasport 1966

Dapatkan panduan lengkap-contoh soalan,format dan nota ringkas peperiksaan di http://bit.ly/examImigresen

Sunday, 28 October 2012

BIDANG TUGAS PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

PENGHURAIAN SKOP TUGAS

PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

1. PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Imigresen Malaysia

2. SKOP FUNGSI DAN TUGAS
2.1 Aspek operasi
(a) mengetuai atau membantu Ketua Unit Penguatkuasa di peringkat negeri/cawangan/daerah dalam menyelia serta memastikan operasi penguatkuasaan Imigresen mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan; dan
(b) mengetuai unit/bahagian "core business” Imigresen di peringkat negeri/cawangan/daerah dan bahagian di ibu pejabat berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
2.2 Aspek penguatkuasaan
(a) membantu Ketua Unit Penguatkuasa di peringkat negeri/cawangan /daerah mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(b) melakukan program tindakan susulan/ naziran sepertimana diarahkan ke atas mana-mana tuan punya milik premis dan pekerja yang tidak mematuhi Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(c) menjalankan perintah larangan berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(d) membantu Ketua Unit Penguatkuasa mengurus dan merancang program pelaksanaan jadual dan jenis operasi yang perlu dijalankan pada setiap masa;
(e) menjalankan penyiasatan mana-mana premis yang berlaku mana-mana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(f) menjalankan penyiasatan dan pendakwaan mana-mana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(g) membantu menguruskan program pelaksanaan mengkompaun dan menyenaraihitamkan nama pesalah berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan
(h) membantu menguruskan program pelaksanaan pengusiran dan lain-lain berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 .
2.3 Aspek pencegahan dan keselamatan negara
(a) membantu menyelia program kempen kesedaran terhadap warganegara akan hukuman berat jika didapati menggaji atau melindung pendatang asing tanpa izin;
(b) membantu menyelia program kesedaran terhadap warga asing akan hukuman jika didapati bekerja tanpa pas atau permit yang sah;
(c) membantu menyelia program kesedaran terhadap warga asing jika mereka ditipu oleh agen atau orang-orang tidak bertanggungjawab yang menjanjikan kerja gaji lumayan; dan
(d) membantu menyelia program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sifar di negara Malaysia.

3. HUBUNGAN KERJA
3.1 Dalaman
(a) rakan sekerja di pejabat/bahagian/unit/balai; dan
(b) pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama.
3.2 Luaran
(a) orang awam;
(b) para Profesional;
(c) tuan punya bangunan;
(d) Jabatan/ Agensi Kerajaan; dan
(e) syarikat swasta.

4. PERSEKITARAN KERJA
Dalam dan luar pejabat.

5. LATIHAN YANG DIPERLUKAN
Penolong Penguasa Imigresen boleh dikehendaki mengikut latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

6. ANCAMAN
(a) rasuah; dan
(b) terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas seperti ancaman senjata api, ugutan, khianat dan sebagainya.

sumber: http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp06/bil16/LampC.pdf

Maklumat Perkhidmatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27

BUTIRAN SKIM PERKHIDMATAN


  Nama Skim Perkhidmatan : Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen
  Kod Skim : 2160
  Klasifikasi Perkhidmatan : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K)
  Jenis Skim Perkhidmatan : Bersepadu
  Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan Berkelayakan STPM/Diploma
Pengurusan dan Profesional
  Gred : KP27, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54

SYARAT LANTIKAN WAJIB


  -   Warganegara Malaysia
  -   Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT LANTIKAN



KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP27 :

  Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
  Gaji Permulaan : KP27: P1 RM1,361.14

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia.
  Gaji Permulaan : KP27: P1 RM1,361.14

 ATAU
  Kelayakan Masuk : Diploma
  Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang pentadbiran awam.
  Gaji Permulaan : KP27: P1 RM1,661.95

sumber: http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=2160