Sunday, 28 October 2012

BIDANG TUGAS PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

PENGHURAIAN SKOP TUGAS

PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

1. PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Imigresen Malaysia

2. SKOP FUNGSI DAN TUGAS
2.1 Aspek operasi
(a) mengetuai atau membantu Ketua Unit Penguatkuasa di peringkat negeri/cawangan/daerah dalam menyelia serta memastikan operasi penguatkuasaan Imigresen mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan; dan
(b) mengetuai unit/bahagian "core business” Imigresen di peringkat negeri/cawangan/daerah dan bahagian di ibu pejabat berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
2.2 Aspek penguatkuasaan
(a) membantu Ketua Unit Penguatkuasa di peringkat negeri/cawangan /daerah mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(b) melakukan program tindakan susulan/ naziran sepertimana diarahkan ke atas mana-mana tuan punya milik premis dan pekerja yang tidak mematuhi Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(c) menjalankan perintah larangan berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(d) membantu Ketua Unit Penguatkuasa mengurus dan merancang program pelaksanaan jadual dan jenis operasi yang perlu dijalankan pada setiap masa;
(e) menjalankan penyiasatan mana-mana premis yang berlaku mana-mana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(f) menjalankan penyiasatan dan pendakwaan mana-mana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;
(g) membantu menguruskan program pelaksanaan mengkompaun dan menyenaraihitamkan nama pesalah berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan
(h) membantu menguruskan program pelaksanaan pengusiran dan lain-lain berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 .
2.3 Aspek pencegahan dan keselamatan negara
(a) membantu menyelia program kempen kesedaran terhadap warganegara akan hukuman berat jika didapati menggaji atau melindung pendatang asing tanpa izin;
(b) membantu menyelia program kesedaran terhadap warga asing akan hukuman jika didapati bekerja tanpa pas atau permit yang sah;
(c) membantu menyelia program kesedaran terhadap warga asing jika mereka ditipu oleh agen atau orang-orang tidak bertanggungjawab yang menjanjikan kerja gaji lumayan; dan
(d) membantu menyelia program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sifar di negara Malaysia.

3. HUBUNGAN KERJA
3.1 Dalaman
(a) rakan sekerja di pejabat/bahagian/unit/balai; dan
(b) pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama.
3.2 Luaran
(a) orang awam;
(b) para Profesional;
(c) tuan punya bangunan;
(d) Jabatan/ Agensi Kerajaan; dan
(e) syarikat swasta.

4. PERSEKITARAN KERJA
Dalam dan luar pejabat.

5. LATIHAN YANG DIPERLUKAN
Penolong Penguasa Imigresen boleh dikehendaki mengikut latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

6. ANCAMAN
(a) rasuah; dan
(b) terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas seperti ancaman senjata api, ugutan, khianat dan sebagainya.

sumber: http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp06/bil16/LampC.pdf

No comments:

Post a Comment